Saya memang bermaksud untuk mula bercerita tentang pengalaman dan perjalanan impian saya, backpacking to Europe, anda tahu kan, the cooking trip? Mengembara ke Negara Eropah, atau apa sahaja yang anda menggelarkannya - tetapi ia begitu sukar untuk memulakan ayat yang pertama. Tiada idea langsung!
Where do I begin ?
Milan, Italy
Yes, let's start with Milan.
Keretapi
Yes, let's start with Milan.
Keretapi
Kami menggunakan Trenitalia dari Venice menuju ke Milan. Ini adalah pengalaman menaiki kereta api yang pengalaman pertama untuk saya di muka bumi. Di Malaysia pun saya belum pernah mencubanya, jadi tiada perbandingan dapat dilakukan. Anda mungkin boleh membayangkan keseronokan saya.
Oleh kerana kami menggunakan Eurail pas (memerlukan satu entri khas untuk menerangkan pas ini - masa yang lain mungkin), kami berhak untuk mendapatkan kerusi kelas pertama pada harga lebih murah. Hanya 10 Euro. TETAPI, jiika kami lebih bijak tempat duduk kelas kedua tidak akan menelan apa-apa belanja. Malangnya kebijaksanaan itu hanya tiba selepas tiba di Milan. Novice.
Kerusi kelas pertama memang menarik. Selepas perjalanan berlalu lima belas minit atau lebih, datang seorang staf Trenitalia menolak food cart ke arah coach kami sambil menawarkan makanan. I don't expect it would be free so I just say no, and tried to get some sleep. Boy, was I wrong!

Sesampainya di Milano Centrale hanya perkataan WOW yang berada di dalam kepala saya. Terasa seperti sedang berada dalam filem orang putih. Tetapi kenapa, kenapa saya tiada gambar bangunan ini?? Ya, kerana hujan. Salahkanlah hujan, teruskan.
Milano Central, bangunan yang tersangat indah dengan struktur yang terlalu hebat. Tetapi semuanya menggunakan tangga. Semua orang dengan membawa luggage bag menuruni anak-anak tangga yang banyak itu. Di mana lif? Di mana?? Semua orang seperti tidak peduli dengan lif atau eskalator. Siapa peduli? Tangga kan ada? Orang Itali memang manusia macho.
I just love this information board. It was so classical.
Muka-muka yang teruja; minda yang sedikit terpinga, udara yang agak dingin dan perut yang sedang meronta kelaparan - kombinasi emosi yang baik
Perjuangan mencari hotel
Kami agak terpinga-pinga sesampainya di sini. Masalah bahasa nampaknya memang menjadi isu universal di mana saja kami berada. Jadi, mempelajari sedikit perkataan asas dalam Bahasa Itali akan membantu anda untuk um, memecahkan ais barangkali. At least you tried to speak their language. Selepas selesai membuat tempahan tempat duduk kelas kedua ke Verona bagi keesokkan hari, kami meneruskan perjuangan mencari hotel. Polis bantuan memang kelihatan di mana - mana tetapi tidak begitu pasti apakah tujuan mereka di sini.
Polis bantuan memberikan arah jalan yang salah ke hotel, dan menyebabkan kami terpaksa berjalan dalam hujan dan pusingan dan pusingan dan pusingan dengan 4 arahan yang berbeza dari 4 local people yang ditemui untuk akhirnya tiba ke Demo' Hotel. Polis bantuan, boleh tak lain kali anda lebih mahir dengan bandar anda? Dan boleh tak anda menjadi lebih peramah? Senyum, mungkin?